May 12, 2016

Rasa

Ada apa dgn rasa ? Rasa ni yang membuatkn seseorang itu berubah menjadi baik mahupun lebih parah. Kerana rasa ini terkadang membunuh. Bagai membunuh perlahan lahan tanpa sedar. Rasa suka atau rasa sayang yang hadir perlahan, membolehkan seseorang dgn seseorang yang lain bertukar menjadi lebih akrab. Oleh sebab itu, rasa itu membuatkan kita makin ingin  mengenali, mahunya dihabiskan masa bersama. Tika itu, rasa jatuh cinta, rasa angau rasa takot kehilangan semua sebati dalam satu hati. Namun, hati hati juga dengan rasa ego. Rasa ego membuatkan sesiapa saja kehilangan orang tersayang. Rasa ego ini malahan sebenarnya ia bagai menipu diri sendiri. Dek kerana ego yang sudah menguasai diri, rasa untuk luah itu dicampur dengan rasa takot atau biar saja simpan sampai satu masa orang tersayang sudah membuka langkah ke depan tanpa menoleh. Sakit sebenarnya melawan rasa yang hadir dalam diri. Sepertinya kita ini tidak jujur sama diri. Rasa sakit dek kerana ego ini membuatkan kita perlahan ditikam dan dihiris. Pelbagai cara dan bentuk kita (manusia) cuba untuk tersenyum melawan rasa yang sememangnya kita seringkali memujuk hati sendiri. Biasalah manusia, tak ada yang sempurna. Akan tetapi, ketidaksempurnaan itu dijadikan semangat agar rasa sempurna itu bole dirasai bagi sang pencinta yang masih punya hati dan tetap bangkit walaupun acapkali hatinya dilukai.

No comments:

Post a Comment