May 12, 2016

Rasa

Ada apa dgn rasa ? Rasa ni yang membuatkn seseorang itu berubah menjadi baik mahupun lebih parah. Kerana rasa ini terkadang membunuh. Bagai membunuh perlahan lahan tanpa sedar. Rasa suka atau rasa sayang yang hadir perlahan, membolehkan seseorang dgn seseorang yang lain bertukar menjadi lebih akrab. Oleh sebab itu, rasa itu membuatkan kita makin ingin  mengenali, mahunya dihabiskan masa bersama. Tika itu, rasa jatuh cinta, rasa angau rasa takot kehilangan semua sebati dalam satu hati. Namun, hati hati juga dengan rasa ego. Rasa ego membuatkan sesiapa saja kehilangan orang tersayang. Rasa ego ini malahan sebenarnya ia bagai menipu diri sendiri. Dek kerana ego yang sudah menguasai diri, rasa untuk luah itu dicampur dengan rasa takot atau biar saja simpan sampai satu masa orang tersayang sudah membuka langkah ke depan tanpa menoleh. Sakit sebenarnya melawan rasa yang hadir dalam diri. Sepertinya kita ini tidak jujur sama diri. Rasa sakit dek kerana ego ini membuatkan kita perlahan ditikam dan dihiris. Pelbagai cara dan bentuk kita (manusia) cuba untuk tersenyum melawan rasa yang sememangnya kita seringkali memujuk hati sendiri. Biasalah manusia, tak ada yang sempurna. Akan tetapi, ketidaksempurnaan itu dijadikan semangat agar rasa sempurna itu bole dirasai bagi sang pencinta yang masih punya hati dan tetap bangkit walaupun acapkali hatinya dilukai.

April 30, 2016

Takkan pergi

Hari ku yang pergi, hilang ku mencari
Gelora cinta kau bawa datang kembali
Rindu ku tak sudah, kelam dalam sedar
Mungkin ku menanti sepi hangat yang hadir
Kenangan bagai mengejar mentari
Terbakar debunga kasturi
Apakah tandanya yang tersembunyi
Dibalik rahsia semalam

Hadir dirimu memulihkan ku
Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku
Namun rasa ini, dalam mencari erti
Yakin ku kekal mu disisi takkan pergi

Mungkin sebenarnya ruang tu tiada
Mengisi kasih nan pilu sebentar cuma
Kenangan bagai mengejar mentari
Terbakar debunga kasturi
Apakah tandanya yang tersembunyi
Dibalik rahsia semalam

Hadir dirimu memulihkan ku
Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku
Namun rasa ini, dalam mencari erti
Yakin ku kekal mu disisi takkan pergi

Hadir dirimu memulihkan ku
Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku
Namun rasa ini, dalam mencari erti
Yakin ku kekal mu disisi takkan pergi

Terima cinta ku merindu kecewa
Bisikan indah maya itu seketika
Airmata ini mengalir tersendiri
Moga kelam resah ku kan berlalu pergi

RINDU

 Dulu kita 'strangers' mcm org selalu cakap
Kita kenal dan jadi rapat
Selalu habis masa pegi makan
Igt tk kita selalu pelan last minit semata mata utk nasi tomato fav kau?
Ya ya, kita selalu salah paham bnd kecil
Tp aku tidak ambil pusing yg kecil itu bertukar menjadi besar  
Pada satu ketika, kita diam.
Menjadi bisu ,mulut itu terkunci rapat.
Kita bukan lagi kita yang dulu.
Soalah kau dan aku tidak pernah cipta kenangan.
Ya, kau ego.
Oleh kerana ego kau, buat aku rindu kau yang dulu.    
Rindu yang tak bisa diluah , namun hanya  disertakan dalam doaku.

April 25, 2016

Terpaut

Ya Allah takot sangat setiap perkenalan, takot apa yang dirasa dulu akan berulang, tapi harap akan hadir yang ikhlas menerima aku.
Taknak silap langkah
hati berwaspada lah jgn terlalu mudah untuk terpaut,
Amin.

Struggle

Kau tahu apa itu struggle ?
Di saat dia terkapai kapai ditinggalkan
Lantas kau pula sedang sibuk berpacaran
Luluh, pecah dan kecewa dengan sikapnya kau terhadap dia
Dirinya merayu menagih kembali janji yang pernah ditaburi
Cuma hanya kata kata kesat yang terpapar
Dia struggle untuk lupa kau
Tiap tiap hari cuba pujuk hati sendiri
Malah kau pergi dengan senang hati